Skip to main content

Hospital Rakan Bayi USM

Penyusuan Eksklusif

Penyusuan Eksklusif adalah menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja bermula dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan semasa bayi berumur 6 bulan. Setiap ibu disarankan untuk menyusukan bayinya sehingga berusia 2 tahun selaras dengan perspektif Islam seperti dalam Surah Al Baqarah ayat 233 sebagaimana ayat berikut:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya….”

Zaharah Sulaiman, 2018, Berapa Lama Patut Ibu Menyusu? [How long should a mother breastfeed?] - Inomedik.My