Skip to main content

Hospital Rakan Bayi USM

Kepentingan Penyusuan Kepada Ibu

Penyusuan susu ibu penting untuk mengurangkan beberapa risiko penyakit yang dialami oleh wanita. Antaranya dapat mengurangkan risiko barah payudara yang semakin meningkat di kalangan wanita.

Penyusuan susu ibu boleh mengembalikan bentuk badan ibu kepada bentuk badan asal. Walaubagaimanapun, teknik penyusuan dengan mengosongkan sepenuhnya payudara dapat mempercepatkan pembakaran kalori. Penyusuan susu ibu akan membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

Zaharah Sulaiman, 2018, Kepentingan Penyusuan Kepada Ibu [The importance of breastfeeding to mothers] - Inomedik.My