Sekretariat Laktasi
Sekretariat Laktasi merupakan sekretariat yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti Inisiatif Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital Inisiative). Unit ini memastikan Polisi Penyusuan Hospital Universiti Sains Malaysia dilaksanakan dengan jayanya serta mematuhi keperluan kriteria bagi mengekalkan pengiktirafan status Hospital Rakan Bayi. Pengiktirafan yang unggul diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan garis panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WHO) dan The United Nations Children’s Fund (UNICEF).
Unit Laktasi terletak di tingkat 1 bahagian Timur bangunan Hospital USM mempunyai komitmen untuk memantau 17 wad/klinik di Zon Penyusuan iaitu wad-wad yang memberi rawatan kepada ibu dan bayi. Berikut adalah wad-wad Zon Penyusuan susu ibu di Hospital USM:




Perawatan pesakit dengan masalah penyusuan terbahagi kepada 2 iaitu:
- Pesakit Dalam
Pesakit akan dirujuk samada oleh Pegawai Perubatan, Ketua Jururawat, dan Jururawat di wad sekiranya ibu mempunyai masalah penyusuan susu ibu melalui Borang Rujukan Ke Unit Laktasi.
- Pesakit Luar
Pesakit yang discaj daripada wad di Hospital USM akan diberi risalah penyusuan dan nombor telefon Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu. Ibu yang mempunyai masalah penyusuan akan menghubungi nombor telefon untuk bantuan penyusuan. Pesakit Luar juga termasuk pesakit yang menerima rawatan Cetusan Laktasi iaitu ibu yang mengambil anak angkat dan ingin menyusukan sekaligus memahramkan bayinya. Pesakit luar juga boleh dirujuk daripada klinik atau hospital lain.