TENTANG KAMI
Soalan Lazim Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI)
a) Apakah Hospital Rakan Bayi?
Baby Friendly Hospital Inisiative (BFHI) atau Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah merupakan suatu inisiatif global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang bertujuan untuk memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu. Hospital Rakan Bayi adalah hospital yang mengamalkan 10 Langkah + 4 perkara ke arah penyusuan susu ibu yang berjaya
b) Apakah kelebihan Hospital Rakan Bayi?
Semua staf komited dalam membantu menjayakan penyusuan susu ibu dari mula ibu bersalin dengan mengamalkan sentuhan kulit ke kulit, membantu ibu dalam melakukan pelekapan dan posisi ibu dan bayi semasa penyusuan, Menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk ibu untuk menyusukan bayi walaupun terpaksa berpisah dengan ibu.