Skip to main content

Hospital Rakan Bayi USM

Utama

HOSPITAL USM SEBAGAI HOSPITAL RAKAN BAYI

Hospital Universiti Sains Malaysia merupakan Hospital Universiti yang pertama diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi sejak tahun 1998. Hospital USM telah mengatur dan melaksanakan pelbagai usaha untuk mempromosikan penyusuan susu ibu kepada ibu-ibu khususnya dan komuniti di sekeliling mereka umumnya. Perlaksanaan aktiviti untuk mempromosikan penyusuan susu ibu ini, telah mendapat pengiktirafan WHO dan UNICEF melalui penganugerahan sebagai Hospital Rakan Bayi iaitu sebuah hospital yang menyediakan suasana yang mesra dan menyokong penyusuan susu ibu.. Hospital ini melaksanakan sepenuhnya “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Kami juga mematuhi amalan Tata Etika Produk Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan dalam usaha mengekalkan pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi.

PENILAIAN SEMULA STATUS HOSPITAL RAKAN BAYI

Penilaian Semula status Hospital Rakan Bayi bagi sesebuah hospital yang telah diiktiraf akan dijalankan setiap 2 hingga 3 tahun.  Penilaian ini dilakukan bagi memastikan sesebuah hospital yang telah diiktiraf mematuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan iaitu melaksanakan Polisi Penyusuan Susu Ibu dan 10 Langkah dan 4 Perkara ke Arah Kejayaan Penyusuan Susu Ibu

Hospital USM telah berjaya memenuhi "WHO/UNICEF Baby Friendly Hospital Initiative Global Criteria" iaitu dengan mengekalkan pengiktirafan sebagai HOSPITAL RAKAN BAYI sejak tahun 1998.

Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama khususnya kakitangan di zon penyusuan dan kakitangan Hospital USM amnya. Ibu-ibu yang menerima rawatan dan kaunseling penyusuan juga memainkan peranan penting dalam memberi kerjasama dalam mematuhi polisi Hospital USM.