Skip to main content

Hospital Rakan Bayi USM

Visi

Selain menjalankan aktiviti untuk mengekalkan pengiktirafan Hospital USM sebagai Hospital Rakan Bayi, Unit ini juga menyediakan perkhidmatan untuk mempromosi dan memudahkan pengalaman penyusuan susu ibu dalam kalangan kakitangan dan masyarakat luar kampus.

Antara perkhidmatan yang di sediakan ialah:

  • Kaunseling dan rawatan bagi masalah berkaitan penyusuan
  • Kelas-kelas bimbingan kepada ibu-ibu hamil dan pasangan
  • Kemudahan bilik untuk memerah dan menyimpan susu perahan
  • Jualan buku-buku penyusuan, peralatan untuk memerah dan menyimpan perahan susu ibu
  • Khidmat pendidikan & kesedaran penyusuan kepada masyarakat luar kampus
  • Kursus latihan asas penyusuan untuk kakitangan kesihatan kerajaan dan swasta